20 Mei 2013

PTPTN, Riba' dan Adam Adli

Bismillahirrahmaanirrahim,

Tertarik perasaan hati ni bila ramai orang sibuk berdebat tentang PTPTN dan benda ni jadi semakin hangat bila isu PTPTN dijadikan isu debat antara Rafizi dan Khairy Jamaluddin dan lebih hangat lagi bila PTPTN termaktub dalam salah satu Manifesto Pakatan Rakyat dalam PRU13 iaitu untuk menghapuskan PTPTN.

Kali ni aku sendiri nak membentangkan hujah aku yang telah lama terpendam. Kalau boleh aku tak nak kaitkan dengan ekonomi atau ada orang kata kalau PTPTN dimansuhkan maka ekonomi negara akan terbantut. Cerita pasal ekonomi ni kita rujuk lah dengan orang yang lebih pakar bab ekonomi dan bukannya aku.

Jadi, apa yang aku nak sampaikan mudah je untuk korang faham. Pertama sekali, PTPTN ni tujuan asalnya yang masih kekal sampai sekarang ialah untuk menolong penuntut yang tidak berkemampuan melanjutkan pelajaran di Universiti dengan bantuan kewangan yang dipinjamkan. Ya, PTPTN lah satu badan yang paling mudah untuk pinjam duit bila nak belajar asalkan anda warganegara Malaysia.

Tapi, bila nak kena bayar balik tu ramai yang tak puas hati. Sebab apa? sebab ada "interest". Perkara ni memang buat aku marah sekejap dengan PTPTN sebab bunga tu boleh jatuh Riba'. Tapi, bila aku fikirkan balik, kalau tak ada tambahan bayaran balik, susah jugak Kerajaan nak bayar gaji pekerja-pekerja PTPTN. Nak keluarkan modal bangunan, komputer, perabot, dan segala material yang digunakan oleh pengurusan PTPTN.

Ada yang cakap PTPTN ni macam Along. Mana boleh sama kan PTPTN macam Along. Along bagi pinjam duit lepas tu dia bagi bunga yang lagi lambat kau bayar makin tinggi lah bunga dia. PTPTN pulak bagi kita pinjam duit untuk ilmu. Aku ulang lagi sekali, PTPTN bagi kita pinjam duit untuk ilmu. Jadi kenapa nak berkira sangat sedangkan hasil bantuan PTPTN, kita dah pun dapat ilmu dekat Universiti yang bukan semua orang dapat dekat negara lain. Ilmu kita boleh bawak ke mana sahaja tapi duit belum tentu kekal dan boleh lesap dalam sekelip mata.

Lepas tu, bunga yang kena bayar dekat PTPTN tu bukan sahaja untuk menampung gaji pekerja malah untuk  cover balik kos biasiswa yang diorang bagi. Semua tahu kan kalau pointer lepas 3.60 PTPTN akan ditukarkan kepada biasiswa? Bermakna peminjam tak perlu bayar satu sen pun atas usaha diorang belajar bersungguh-sungguh. Jadi, adil atau tidak? siapa yang berusaha dan rajin dia lah yang akan dapat keistimewaan. Dan yang malas atau kurang rajin bayarlah balik. Orang dah bagi pinjam untuk kita belajar.

Jadi sama ada PTPTN ni riba' ataupun tidak Tuhan sahaja yang tahu. Jangan kita berani nak membuat andaian sedangkan kita sendiri tak tahu apa sebab dia. Kita tahu tak, boleh jadi PTPTN rugi sebab ramai yang masih belum bayar pinjaman dan ada yang buat tak tahu je bila kena bayar balik walaupun sebenarnya ramai yang dah kerja. Lepas tu diorang nak kena cover balik untuk peminjam-peminjam yang baru termasuk anak cucu kita nanti. Kita tahu ke macam mana PTPTN rugi? Tapi ada tak PTPTN macam Along datang rumah korang ugut suruh bayar. Ada tak? Paling teruk pun korang kena blacklist je ke luar negara. Aku tak pernah lagi dengar ada kes orang kena ugut bayar duit PTPTN. Lepas tu untuk meringankan lagi beban korang, PTPTN bagi peluang untuk buat permohonan supaya nisbah bayaran bulanan dikecilkan bersesuaian dengan gaji korang. 

Janganlah ikutkan sangat ideologi Adam Adli tu yang buat statement PTPTN ni Along Negara. Dia pun belajar entah ke mana bercita-cita nak jadi Che Guevara. Dan kalau PTPTN dimansuhkan dan dapat belajar secara percuma, untunglah orang-orang malas yang datang Universiti untuk cari awek je sebab diorang tahu diorang datang tak payah bayar pun. Jadi adil ke tak untuk orang yang rajin dan berusaha bersungguh-sungguh sedangkan orang yang malas pun dapat keistimewaan yang sama. 

Akhir kata, nak membuat andaian tu jangan fikir kesenangan diri sendiri je. Jangan dalam kepala otak tu fikir "Kalau aku sokong PTPTN dimansuhkan, senang la, tak yah susah-susah, failed pun bukan pakai duit aku." Tapi fikirlah secara meluas. Bayangkan kalau PTPTN dimansuhkan, tak perlu lagi orang Malaysia ni bertungkus lumus nak dapatkan biasiswa sebab diorang tahu tak ada biasiswa pun boleh belajar free. Maka bersepah la rakyat Malaysia yang malas dan tak berdikari. Sekian.

"Lihat dunia dari mata burung, atau lihat dari dalam tempurung, yang mana satu engkau pilih" - M. Nasir

8 ulasan:

  1. Artikel yang amat berguna untuk peminjam dan bakal peminjam..Thank The Fiqir luaskan Ilmu Mu :)

    BalasPadam
  2. Terima Kasih juga saudara Erry Erica kerana sudi membaca. Sama-sama kita luaskan ilmu kita. :)

    BalasPadam
  3. PTPTN adalah sebenarnya untuk menampung kos sara hidup.
    saya dahulu belajar di USM.
    yuran pengajian 90% ditanggung kerajaan.
    pinjaman PTPTN hanya untuk tampung kos makan, rumah sewa, topup, minyak moto, buku dan lain - lain.
    setahun 7,000 (satu semester RM 3,500 / 6 bulan = RM 583.33 = ngam ngam sahaja).
    kalau saya rajin sikit lagi, saya boleh dpt dean list dan tak perlu bayar sesen.
    (tapi saya lalai...nyesal betul!).
    graduan sekarang dapat duit ptptn belasah beli iphone, ipad, motor...tapi pointer tak lepas 3.00 pun..
    adil ke kalau dah dapat duit lepas tu tak nak bayar langsung??
    anyway, pendapat saya, kalau tak nak terbeban, sepatutnya ibu bapa menabung untuk pendidikan anak anak dari kecil lagi. sebulan 100 x 12 bulan x 18 tahun = 21,600. sudah cukup menampung pengajian selama 3 tahun.
    wassalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sgt setuju dgn anda..sy juga peminjam PTPTN...dan sehingga kini sy masih membayar PTPTN ikut kemampuan gaji saya...

      Sy juga galakkan Ibu Bapa buka akaun SSPN dan menabung untuk anak-anak...Saya dari keluarga sgt susah..org tua tak mampu nak buat tabungan untuk anak-anak...mujur ada PTPTN..sy dapat belajar di UTHM...duit PTPTN tu mmg utk sara hidup 3 tahun belajar...ada juga kawan2 yg guna duit PTPTN untuk berjoli...tp itu hak masing2...pada sy...dah guna untuk belajar...bayarlah...org selalu kata tak cukup duit sbbtu tak nak bayar PTPTN...tp hakikatnya adakah mereka sedar....duit gaji itu mungkin tidak berkat sbb tidak membayar balik pinjaman PTPTN yg telah digunakan untuk mendapat segulung ijazah mereka...

      Padam
  4. Frankly awesome, thanks untuk info nie yer

    BalasPadam
  5. salam.. pertama kali saya dapt surat tawaran u, mula2 lg saya dh tengok jumlah yg ditanggung kerajaan selama 4thun pengajian.. klau xsilap 28ribu n baki yuran pengajian rm1400 1 sidang @ rm700 1 sem.. bkn xde lgsung bantuan dr kerajaan.. yg lain2 yuran hostel, bas, ++.. hampir rm1500
    alhamdulillah saya mmpu manage pinjamn smpai kehujung sem.. xpenah lg kering sampai thp xcukup mkn.. yg saya pasti student ramai je guna pnjamn lebih dr untuk peljrn. eg; phone yg bkn sebarang,bj branded2.. mkn pn sedap2, g melancong dgn kwn2..x kurang yg belanja gf/gb, tengok wayang.. n sbgainya.. ini memg kenyataan kn... yg dpt JPA pn ade jgk yg mengeluh diakhir sem n awl bkk sem..
    memandangkn saya student sains lg la saya bersyukur.. chemical & alatan yg saya gne utk fyp bkn sebarangn.. beratus2 ribu harganya.. 1 sen pon xkeluar utk buat research.. hurm.. ada yg xnmpak ini sbg kemudahan..klau ade yg bersikap positif seharusnya dia memikirkn cara utk cemerlg dimasa depan supaya hutang Ptptn mmpu dilangsai.. klau asyik di pkirkn bebnnya.. salamanya la duk terbeban.. kadg2 org lebih nmpak nikmat 'ikan' berbnding dgn pemberian 'jala'..

    BalasPadam
  6. Article yg sangat bagus, senang difahami. Keep in on.

    BalasPadam
  7. saya pun sgt setuju dgn kenyataan anda. saya juga peminjam dari PTPTN malahan da byk saya pinjam dr diploma smpi master. Semasa permohonan, tiada sebarang masalah yang dihadapi, permohonan diluluskan malah boleh memohon untuk menunda bayaran sebab sambung belajar. Dan apabila bekerja nanti saya akan bayar balik kepada PTPTN. nasib baik ada PTPTN maka saya mendapat peluang untuk belajar tanpa masalah kekangan kewangan. pada yang minta PTPTN dimansuhkan tu diorang patut pikir tu salah satu cara bantuan kewangan utk menyambung pelajaran katakanlah kalau diberi pendidikan percuma, mgkin dari segi yuran ja percuma habis dari segi kos utk makan, duit sewa umah, tambang, alat tulis, dll takkan kerajaan nak tampung semua tu..

    BalasPadam