21 Mei 2012

Just Nazmi It.

Hari ni semua rakyat Malaysia yang sayangkan bola sepak happy dapat berita Nazmi Faiz dah sign contract dengan Beira-Mar. Tak lama lagi adalah page Beira-Mar Supporters club Malaysia. Dekat twitter pun trending. Hampir setiap jam kalau bukak timeline tak sah kalau tak ada nama Nazmi Faiz. Apa yang bestnya adalah suasana yang tengah berlaku sekarang ni. Kalau lah boleh dikira, seorang daripada 3 rakyat  Malaysia menyebut nama Nazmi dalam hati lebih dari 10 kali untuk hari ni.

Malaysia ni ibarat satu perkampungan. Nazmi Faiz pulak anak kampung yang harumkan nama baik kampung dia. Lebih kurang la macam iklan Ramli yang menjadi inspirasi fans menyu tapi kali ni realiti. Kali ni betul-betul terjadi. Kalau kita kecik-kecik dulu baru nak belajar minat bola, idola kita Beckham, Zidane, Totti, Ronaldinho. Tapi budak-budak sekarang dah boleh jadikan Nazmi sebagai idola diorang. Tak perlu nak tengok jauh-jauh lagi. Idola diorang datang dari tempat lahir diorang sendiri. Bahasa yang sama dan yang paling penting sama-sama makan sambal belacan. Sama-sama lepak mamak tengok bola. Kalau dulu impian anak-anak muda nak jadi angkasawan macam Syeikh Muszaphar, tapi sekarang dah nak main bola macam Nazmi. Boleh pergi jauh katanya.

Kalau boleh biar kecoh. Biar satu Malaysia kecoh pun tak apa. Mana tahu lepas ni satu dunia pulak kecoh. Benda-benda ni semua motivasi untuk Nazmi. Kalau dia gunakan untuk motivasi diri dia la. Dan liga Portugal tu pun bukan calang-calang liga. Primeira Liga sekarang ni ranking nombor 5 liga terbaik dunia selepas EPL, La Liga, Bundesliga dan Serie A. So, peluang satu dunia nak nampak Nazmi tu ada la siket. Nazmi jugak akan compete dengan player world class macam Hulk, Jao Moutinho, Gaitan, Lucho Gonzalez  dan ramai lagi star dekat liga tu. Umur-umur macam Nazmi ni kalau dekat Malaysia tengah pening lagi nak pilih course apa nak masuk Universiti. Tapi dia dah pergi eropah dan tak mustahil boleh jadi World class player. Main untuk Barcelona mungkin. Tapi aku harap dia main Milan. Boleh ganti Pirlo. :)

Peminat-peminat tegar Football Manager, PES dan FIFA mesti tak sabar-sabar nak tunggu version 2013 keluar. Semua nak pakai Beira-Mar. Sekarang Yuna tengah buat nama dekat US dan UK. Nazmi pulak bakal bawak nama Malaysia dekat Portugal. Kalau dulu Portugis datang jajah Melaka, hari ni anak melayu pula akan mulakan penjajahan di Portugal.

Malaysia Boleh!! Love and Peace.

1 ulasan:

  1. 1Malaysia semua...

    Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

    Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

    Kalau berminat, sila layari :

    (Versi English)
    http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


    (Versi Melayu)
    http://PelaburanHartanah.blog.com


    ( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


    Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

    Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

    BalasPadam