23 Disember 2011

Hari Paling Gembira di Malaysia

Ada suatu hari yang paling gembira untuk rakyat Malaysia. Apabila tiba hari itu. Seluruh negara akan tersenyum sampai ke telinga. Semua akan pandang sesama sendiri. Bercakap dalam hati "Alangkah indahnya aku lahir di negara ini". Hari itu pasti semua yang sayangkan negara bergelak ketawa. Menitiskan air mata seperti sesuatu yang ditunggu di dalam berita akhirnya menjadi realiti. Harapan yang pudar kembali mekar. Ada yang sudah lupakan negara. Tetapi tetap tumpang bergembira. Untuk bersama-sama menikmati kehebatan Hari Paling Gembira di Malaysia.

Seperti kembali ke zaman dahulu kala. Muhajirin dan Ansar dijadikan rujukan. Malam itu seperti ada sesuatu tenaga yang turun ke Nusantara. Anwar Ibrahim mengenang zamannya. Mahathir memaafkan segala-galanya. Membuang segala ego dalam nadi mereka. Sempat pekena teh bersama. Sambil bergelak-ketawa. Bercerita tentang sejarah melaka. Maka apabila matahari terbit, Semua sudah bersedia menunggu berita. Berita Hari paling gembira di Malaysia untuk dikhabarkan kepada pelusuk dunia.

Namun berita tidak semestinya boleh dipercayai. Ada yang dengki dan ada yang iri hati. Fitnah dan rasuah diambil sebagai jalan mudah. Kerana kepentingan diri lebih penting dari ibu pertiwi. Akhirnya Hari Paling Gembira di Malaysia cuma tinggal harapan. Cuma jadi mimpi indah pencinta negara. Cuma berdoa sekali lagi. Supaya Hari Paling gembira di Malaysia akan muncul jua. Suatu hari nanti. Suatu yang tak pasti.

Bersatulah Wahai Pemimpinku


"The people of the world genuinely want peace. Some day the leaders of the world are going to have to give in and give it to them" - Dwight D. Eisenhower

Tiada ulasan:

Catat Ulasan