tag:blogger.com,1999:blog-13896675497835580672024-02-06T21:32:27.838-08:00The FiqirFADhttp://www.blogger.com/profile/04158796212578634145noreply@blogger.comBlogger7125tag:blogger.com,1999:blog-1389667549783558067.post-21040927767606274072013-10-13T07:29:00.001-07:002013-10-13T07:29:34.372-07:00Cita-cita dan MusibahBismillahirrahmaanirrahiim.

Bermacam-macam perkara yang boleh menjadi musibah dalam hidup kita. Kematian ahli keluarga, cacian orang ramai, kemalangan atau kecederaan yang membuatkan perjalanan kita untuk mengejar sesuatu terbantut.

Kita ambik contoh seorang pemain bola yang bercita-cita mahu menjadi "World Class" player, tiba-tiba terlibat dalam kecederaan serius dan terus membuatkan cita-citanya terpadam. Pemain gitar yang bercita-cita nak jadi famous, akhirnya terlibat dalam kemalangan dan hilang salah satu anggota badannya yang membuatkan impiannya lebur begitu sahaja.

Setiap kali ditimpa musibah, pertama sekali yang kita kena buat ialah ingat Allah. Ingatlah Allah yang mengaturkan sekalian alam dan dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Allah memberikan dugaan dan musibah kepada kita supaya kita kembali kepadaNya. Meminta pertolongan dariNya. Musibah seolah-olah satu "hint" dari Allah untuk memberi petunjuk kepada kita supaya kita kembali ke pangkal jalan.

Ada jugak yang masih berdegil. Beranggapan musibah ni satu cabaran untuk dia menjadi lebih hebat dalam mengejar cita-citanya tetapi lupa kita cuma manusia yang lemah. Tidak akan berjaya tanpa pertolongan Allah. Apatah lagi kalau cita-cita kita boleh membuatkan kita lebih jauh dari Allah.

Musibah ni datang berkali-kali. Membuktikan Allah sangat sayang pada hambanya. Tiada yang lebih penyayang selain daripada sayangnya Allah kepada kita. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Akhir kata, setiap kali ditimpa musibah, fikir balik apa yang kita pernah buat dulu. Fikir balik dosa-dosa kita suatu ketika dulu dan anggaplah ia balasan dari Allah atas sebab kelalaian kita dalam kehidupan. Tunaikan ibadah dan kembali ke jalan yang lurus. Insya'Allah.

"Demi sesungguhnya, kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahnya." - Surah Al-Baqarah (155-157)

FADhttp://www.blogger.com/profile/04158796212578634145noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1389667549783558067.post-24280726643204698762013-05-24T08:18:00.001-07:002013-05-24T08:29:33.652-07:00Inspirasi JeninBismillahirrahmaanirrahim,

Bercakap tentang kisah Mat Jenin siapa yang tak tahu. Kisah turun temurun daripada nenek moyang kita yang dikatakan kerana terlampau kuat berangan, Mat Jenin mati sambil berangan masa tengah petik buah kelapa.

Apa yang Mat Jenin angan kan sebenarnya? Sampai dia boleh mati ketika sedang berangan. Mengikut kisah Mat Jenin, dia berangan-angan untuk menjual buah kelapanya sebanyak mungkin. Bila dah dapat duit, dia nak beli ayam dan ternak ayam tu. Bila dah semakin besar, dia nak beli kambing dan ternak kambingnya. Apabila semakin baik, dia nak beli lembu pula untuk diternakkan. Akhirnya, bila dah kaya, dia mahu mengisterikan seorang perempuan cantik idamannya. Namun, ia cuma satu angan-angan dan belum sempat angan-angannya bermula, dia mati.

Maka, 'cerita rakyat' ni membuatkan kita gusar dan takut untuk berangan-angan. Apatah lagi nak ceritakan angan-angan kita kepada orang ramai. Kerana takut kalau disuruh berhenti daripada angan-angan dan sudah semestinya akan digelar Mat Jenin.

Tapi, bila difikirkan balik, angan-angan Mat Jenin bukanlah angan-angan biasa. Angan-angannya tidak lebih dari satu bentuk perancangan perniagaan. Perancangan perniagaan yang memerlukan satu langkah untuk ke langkah yang seterusnya sehingga dia mencapai cita-cita yang diimpikan.

Jadi kenapa kisah angan-angan Mat Jenin ni menghantui orang kita sehingga sekarang sampai takut nak bercita-cita tinggi? Kita kena ingat bahawa kisah Mat Jenin ni sampainya semasa penjajahan British. British yang hebat menjajah minda mengarang satu cerita yang bakal menjadi cerita rakyat untuk penduduk Tanah Melayu. Supaya apa? supaya kita takut untuk berangan dan secara automatiknya takut juga untuk bercita-cita tinggi.

Orang-orang yang berjaya dalam dunia ni semua bermula daripada angan-angan. Bermula daripada impian. Daripada impian dan angan-angan itu terbitlah satu cita-cita dan sasaran dalam kehidupan. Bila dah ada cita-cita, fikirkan pula tentang perancangan untuk mencapai impian dan dengan usaha dan rezeki yang diturunkan, tidak mustahil angan-angan boleh menjadi kenyataan.

Jadi, janganlah takut untuk bermimpi dan berangan sebab lagi baik bercita-cita tinggi daripada hidup yang tak ada misi dan visi.

"The man who has no imagination has no wings" - Muhammad AliFADhttp://www.blogger.com/profile/04158796212578634145noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1389667549783558067.post-84198117586170868562013-05-20T18:15:00.001-07:002013-05-21T00:20:51.107-07:00PTPTN, Riba' dan Adam AdliBismillahirrahmaanirrahim,

Tertarik perasaan hati ni bila ramai orang sibuk berdebat tentang PTPTN dan benda ni jadi semakin hangat bila isu PTPTN dijadikan isu debat antara Rafizi dan Khairy Jamaluddin dan lebih hangat lagi bila PTPTN termaktub dalam salah satu Manifesto Pakatan Rakyat dalam PRU13 iaitu untuk menghapuskan PTPTN.

Kali ni aku sendiri nak membentangkan hujah aku yang telah lama terpendam. Kalau boleh aku tak nak kaitkan dengan ekonomi atau ada orang kata kalau PTPTN dimansuhkan maka ekonomi negara akan terbantut. Cerita pasal ekonomi ni kita rujuk lah dengan orang yang lebih pakar bab ekonomi dan bukannya aku.

Jadi, apa yang aku nak sampaikan mudah je untuk korang faham. Pertama sekali, PTPTN ni tujuan asalnya yang masih kekal sampai sekarang ialah untuk menolong penuntut yang tidak berkemampuan melanjutkan pelajaran di Universiti dengan bantuan kewangan yang dipinjamkan. Ya, PTPTN lah satu badan yang paling mudah untuk pinjam duit bila nak belajar asalkan anda warganegara Malaysia.

Tapi, bila nak kena bayar balik tu ramai yang tak puas hati. Sebab apa? sebab ada "interest". Perkara ni memang buat aku marah sekejap dengan PTPTN sebab bunga tu boleh jatuh Riba'. Tapi, bila aku fikirkan balik, kalau tak ada tambahan bayaran balik, susah jugak Kerajaan nak bayar gaji pekerja-pekerja PTPTN. Nak keluarkan modal bangunan, komputer, perabot, dan segala material yang digunakan oleh pengurusan PTPTN.

Ada yang cakap PTPTN ni macam Along. Mana boleh sama kan PTPTN macam Along. Along bagi pinjam duit lepas tu dia bagi bunga yang lagi lambat kau bayar makin tinggi lah bunga dia. PTPTN pulak bagi kita pinjam duit untuk ilmu. Aku ulang lagi sekali, PTPTN bagi kita pinjam duit untuk ilmu. Jadi kenapa nak berkira sangat sedangkan hasil bantuan PTPTN, kita dah pun dapat ilmu dekat Universiti yang bukan semua orang dapat dekat negara lain. Ilmu kita boleh bawak ke mana sahaja tapi duit belum tentu kekal dan boleh lesap dalam sekelip mata.

Lepas tu, bunga yang kena bayar dekat PTPTN tu bukan sahaja untuk menampung gaji pekerja malah untuk cover balik kos biasiswa yang diorang bagi. Semua tahu kan kalau pointer lepas 3.60 PTPTN akan ditukarkan kepada biasiswa? Bermakna peminjam tak perlu bayar satu sen pun atas usaha diorang belajar bersungguh-sungguh. Jadi, adil atau tidak? siapa yang berusaha dan rajin dia lah yang akan dapat keistimewaan. Dan yang malas atau kurang rajin bayarlah balik. Orang dah bagi pinjam untuk kita belajar.

Jadi sama ada PTPTN ni riba' ataupun tidak Tuhan sahaja yang tahu. Jangan kita berani nak membuat andaian sedangkan kita sendiri tak tahu apa sebab dia. Kita tahu tak, boleh jadi PTPTN rugi sebab ramai yang masih belum bayar pinjaman dan ada yang buat tak tahu je bila kena bayar balik walaupun sebenarnya ramai yang dah kerja. Lepas tu diorang nak kena cover balik untuk peminjam-peminjam yang baru termasuk anak cucu kita nanti. Kita tahu ke macam mana PTPTN rugi? Tapi ada tak PTPTN macam Along datang rumah korang ugut suruh bayar. Ada tak? Paling teruk pun korang kena blacklist je ke luar negara. Aku tak pernah lagi dengar ada kes orang kena ugut bayar duit PTPTN. Lepas tu untuk meringankan lagi beban korang, PTPTN bagi peluang untuk buat permohonan supaya nisbah bayaran bulanan dikecilkan bersesuaian dengan gaji korang.

Janganlah ikutkan sangat ideologi Adam Adli tu yang buat statement PTPTN ni Along Negara. Dia pun belajar entah ke mana bercita-cita nak jadi Che Guevara. Dan kalau PTPTN dimansuhkan dan dapat belajar secara percuma, untunglah orang-orang malas yang datang Universiti untuk cari awek je sebab diorang tahu diorang datang tak payah bayar pun. Jadi adil ke tak untuk orang yang rajin dan berusaha bersungguh-sungguh sedangkan orang yang malas pun dapat keistimewaan yang sama.

Akhir kata, nak membuat andaian tu jangan fikir kesenangan diri sendiri je. Jangan dalam kepala otak tu fikir "Kalau aku sokong PTPTN dimansuhkan, senang la, tak yah susah-susah, failed pun bukan pakai duit aku." Tapi fikirlah secara meluas. Bayangkan kalau PTPTN dimansuhkan, tak perlu lagi orang Malaysia ni bertungkus lumus nak dapatkan biasiswa sebab diorang tahu tak ada biasiswa pun boleh belajar free. Maka bersepah la rakyat Malaysia yang malas dan tak berdikari. Sekian.

"Lihat dunia dari mata burung, atau lihat dari dalam tempurung, yang mana satu engkau pilih" - M. Nasir

FADhttp://www.blogger.com/profile/04158796212578634145noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-1389667549783558067.post-27575786364021897782013-05-06T13:03:00.002-07:002013-05-20T18:22:40.871-07:00Facebook dan Fitnah.Bismillahirrahmanirrahim,

Bukan kita tak pernah bincang benda ni. Bukannya kita semua tak tahu. Dah lama kita berborak pasal Facebook ni. Kalau tahun 2008 dulu Facebook ni Laman Sosial yang paling top la antara semua. Tapi sekarang dah jadi macam tempat official untuk kita luahkan segala-galanya.

Bukan nak salahkan Facebook. Orang kata "Facebook Yahudi ni lah yang buat kita berpecah". Tapi kalau gunakan untuk berkenalan, bertukar pendapat, menyebarkan dakwah, dan mencari sahabat-sahabat lama yang dah 10 tahun tak jumpa apa salahnya. Yang salahnya cara kita yang guna.

Kadang-kadang aku sendiri tak sedar tengah asyik post pasal politik rupa-rupanya ramai kawan-kawan yang dah lama tak bertegur sapa. Bukan tak nak tegur tapi masing-masing dalam hati ada pendirian. Pendirian yang kadang-kadang sanggup lupakan segala-galanya.

Tapi tak ada hal. Bak kata orang, "Whatever happens in Facebook stays in Facebook". Kira benda kecik je la tu. Lagi bawah dari bertekak mulut. Cuma yang tak bestnya bila tengok fitnah berleluasa hampir setiap saat. Tak tahu dari mana sumber terus disebarkan tanpa berfikir panjang. Daripada sebarkan sesuatu yang kita belum pasti, lagi baik kita nyatakan pendapat peribadi dari diri sendiri. Boleh jugak buat orang berfikir dari buat orang confuse. Tapi kita tak perasan atau buat-buat tak perasan.

Jadi, yang sudah tu sudahlah. Jadikan sebagai sejarah. Tapi sejarah ni selalu berulang. Berkali-kali pulak tu ulang. Apa yang penting kita sentiasa bersama dan ikatan kita bukan senang untuk dipecah seperti yang diura-urakan. Sekali bergabung, satu dunia berselindung. Bersatulah!

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)FADhttp://www.blogger.com/profile/04158796212578634145noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1389667549783558067.post-39016645229567663902013-03-31T15:07:00.001-07:002013-04-01T01:52:33.868-07:00The Power of Books

Bismillahirrahmanirrahim,

Every person in this world has their own strength, power and speciality. In order to absorb other people strength and speciality is by reading their books. I'm not saying that you must read random book of your friend and straight away read his or her mind. Friends are something different. You can identify each other strengths and weaknesses by spending times together. I'm talking about somebody with a powerful talent. Somebody that creates idea and somebody that changed the world.

We can't recognize other strangers strength by simply ask them what is your ingredients of power? or simply study their behaviours. For instance, can you ask Dr. Mahathir how he can turned Malaysia into an industrial country? Yes. Of course you can. He may tell you the answer. But, it will take hours to explain and Tun Mahathir didn't have much time to focus on you.

So, by reading their books, written by themselves, it's not only bunch of information that you can get, but you will also feel their experience, strength, technique, characteristic and the most important is their thinking. With that, you can learn a lot about how to deal with your life from successful people. Above all else, Al-Quran is still the best book for us to understand our way of life. That's all from me. I'm lack of ideas recently.

Love and Peace.

"You don't have to burn books to destroy a culture. Just get people to stop reading them." - Ray Bradburry

FADhttp://www.blogger.com/profile/04158796212578634145noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1389667549783558067.post-16394594183566218942012-05-21T20:52:00.002-07:002013-05-06T11:52:22.576-07:00Just Nazmi It.Hari ni semua rakyat Malaysia yang sayangkan bola sepak happy dapat berita Nazmi Faiz dah sign contract dengan Beira-Mar. Tak lama lagi adalah page Beira-Mar Supporters club Malaysia. Dekat twitter pun trending. Hampir setiap jam kalau bukak timeline tak sah kalau tak ada nama Nazmi Faiz. Apa yang bestnya adalah suasana yang tengah berlaku sekarang ni. Kalau lah boleh dikira, seorang daripada 3 rakyat Malaysia menyebut nama Nazmi dalam hati lebih dari 10 kali untuk hari ni.

Malaysia ni ibarat satu perkampungan. Nazmi Faiz pulak anak kampung yang harumkan nama baik kampung dia. Lebih kurang la macam iklan Ramli yang menjadi inspirasi fans menyu tapi kali ni realiti. Kali ni betul-betul terjadi. Kalau kita kecik-kecik dulu baru nak belajar minat bola, idola kita Beckham, Zidane, Totti, Ronaldinho. Tapi budak-budak sekarang dah boleh jadikan Nazmi sebagai idola diorang. Tak perlu nak tengok jauh-jauh lagi. Idola diorang datang dari tempat lahir diorang sendiri. Bahasa yang sama dan yang paling penting sama-sama makan sambal belacan. Sama-sama lepak mamak tengok bola. Kalau dulu impian anak-anak muda nak jadi angkasawan macam Syeikh Muszaphar, tapi sekarang dah nak main bola macam Nazmi. Boleh pergi jauh katanya.

Kalau boleh biar kecoh. Biar satu Malaysia kecoh pun tak apa. Mana tahu lepas ni satu dunia pulak kecoh. Benda-benda ni semua motivasi untuk Nazmi. Kalau dia gunakan untuk motivasi diri dia la. Dan liga Portugal tu pun bukan calang-calang liga. Primeira Liga sekarang ni ranking nombor 5 liga terbaik dunia selepas EPL, La Liga, Bundesliga dan Serie A. So, peluang satu dunia nak nampak Nazmi tu ada la siket. Nazmi jugak akan compete dengan player world class macam Hulk, Jao Moutinho, Gaitan, Lucho Gonzalez dan ramai lagi star dekat liga tu. Umur-umur macam Nazmi ni kalau dekat Malaysia tengah pening lagi nak pilih course apa nak masuk Universiti. Tapi dia dah pergi eropah dan tak mustahil boleh jadi World class player. Main untuk Barcelona mungkin. Tapi aku harap dia main Milan. Boleh ganti Pirlo. :)

Peminat-peminat tegar Football Manager, PES dan FIFA mesti tak sabar-sabar nak tunggu version 2013 keluar. Semua nak pakai Beira-Mar. Sekarang Yuna tengah buat nama dekat US dan UK. Nazmi pulak bakal bawak nama Malaysia dekat Portugal. Kalau dulu Portugis datang jajah Melaka, hari ni anak melayu pula akan mulakan penjajahan di Portugal.

Malaysia Boleh!! Love and Peace.FADhttp://www.blogger.com/profile/04158796212578634145noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1389667549783558067.post-41706333224389075922011-12-23T15:15:00.000-08:002011-12-23T16:55:47.047-08:00Hari Paling Gembira di MalaysiaAda suatu hari yang paling gembira untuk rakyat Malaysia. Apabila tiba hari itu. Seluruh negara akan tersenyum sampai ke telinga. Semua akan pandang sesama sendiri. Bercakap dalam hati "Alangkah indahnya aku lahir di negara ini". Hari itu pasti semua yang sayangkan negara bergelak ketawa. Menitiskan air mata seperti sesuatu yang ditunggu di dalam berita akhirnya menjadi realiti. Harapan yang pudar kembali mekar. Ada yang sudah lupakan negara. Tetapi tetap tumpang bergembira. Untuk bersama-sama menikmati kehebatan Hari Paling Gembira di Malaysia.

Seperti kembali ke zaman dahulu kala. Muhajirin dan Ansar dijadikan rujukan. Malam itu seperti ada sesuatu tenaga yang turun ke Nusantara. Anwar Ibrahim mengenang zamannya. Mahathir memaafkan segala-galanya. Membuang segala ego dalam nadi mereka. Sempat pekena teh bersama. Sambil bergelak-ketawa. Bercerita tentang sejarah melaka. Maka apabila matahari terbit, Semua sudah bersedia menunggu berita. Berita Hari paling gembira di Malaysia untuk dikhabarkan kepada pelusuk dunia.

Namun berita tidak semestinya boleh dipercayai. Ada yang dengki dan ada yang iri hati. Fitnah dan rasuah diambil sebagai jalan mudah. Kerana kepentingan diri lebih penting dari ibu pertiwi. Akhirnya Hari Paling Gembira di Malaysia cuma tinggal harapan. Cuma jadi mimpi indah pencinta negara. Cuma berdoa sekali lagi. Supaya Hari Paling gembira di Malaysia akan muncul jua. Suatu hari nanti. Suatu yang tak pasti.

Bersatulah Wahai Pemimpinku

"The people of the world genuinely want peace. Some day the leaders of the world are going to have to give in and give it to them" - Dwight D. EisenhowerFADhttp://www.blogger.com/profile/04158796212578634145noreply@blogger.com0